Saturday, 20 August 2011

Tua adalah kebetulan Mati adalah pasti..

Penyesalan hanya tinggal penyesalan..maka tiada gunanya..
Teringat aku kembali tazkirah ringkas yang telah disampaikan seorang Ustaz di sebuah surau..Maka eloklah jika sy berkongsi dgn para penziarah blog ini..

Ustaz kata kita selalu mengumpul saham untuk bila tua tapi kita lupa untuk mengumpul saham untuk akhirat.
Kita lupa tua itu hanya satu kebetulan yang mana ALLAH anugerahkan kepada kita sedangkan kematian itu adalah sesuatu yang pasti, tua atau muda pasti akan menghadapinya..

Maka oleh itu rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.
Sebagaimana mafhum Hadith Nabi Salallahua'alaihiwassalam..

* Masa HIDUP sebelum MATI
** Masa SIHAT sebelum SAKIT
*** Masa LAPANG sebelum masa SEMPIT
**** Masa MUDA sebelum datang masa TUA
***** Masa SENANG sebelum datang masa SUSAH

Saya nak tekankan masa hidup sebelum mati.

Apalah nasib nati bila disana. Jika hari ini kita masih lagi tidak sedar
maka kita tersangat-sangatlah dalam kerugian.

Diriwayatkan apabila kita sudah mati..

Maka mayat menyeru Wahai tuhanku kembalikanlah aku ke dunia
aku hendak membuat amal ibadat dengan bersungguh-sungguh.
Maka penyesalan hanyalah tinggal penyesalan.
Tidak berguna lagi yang ada hanyalah tangisan tiada daya.

Peringatan ini adalah untuk kita bersama. Dan selayaknya sayalah sepatutnya mengamalkannya.

Yang baik itu datang dari Pencipta yang Maha Kaya lagi sempurna dan pastinya yg khilaf dan buruk ini datang dari hamba yang lemah ini..Wallahua'alam

No comments:

Post a Comment