Saturday, 20 August 2011

Janji ALLAH itu pasti..

Aku menulis tinta ini dengan keyakinan yang amat tinggi kepada Penciptaku ALLAH Subhanahuwata'ala..

Ya Allah..
Ingin sekali aku melihat Islam tertegak menjulang
Pemimpin yang adil, yang takut padamu
Umat Islam maju dan terus maju
Dimana-mana Islam disebut-sebut
Dimana-mana akhlak mulia diwarisi
Dimana-mana solat didirikan
Remaja yang kian merosak tiada lagi
Yang ada pemuda-pemuda yang sentiasa menegakkan agamamu
Al-Quran adalah jantung mereka
Sunnah adalah hati mereka
Jihad adalah nyawa mereka
Mereka tahu Syariat Allah
Mereka tahu Sunnah Kekasih Allah
Dan mereka tahu janji Allah itu pasti..

Jika aku mendapatinya Tuhan, qalam bisu ini akan mula berbicara..

No comments:

Post a Comment